Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Sultan_Ismail

Lokasi

Stesen ini terletak di barat Chow Kit, Kuala Lumpur.Di sebelah timur stesen adalah SK (L) Jalan Batu manakala di sebelah barat daya stesen adalah SJK (C) Chung Kok. Juga terletak berhampiran stesen adalah SJK (T) Appar, Wisma Bumi Raya, Wisma MARA, Wisma Sime Darby, Menara Liberty Insurans, Menara Maju, Menara Tun Ismail Mohamed Ali, Bagunan LPPKN, kompleks beli-belah Parkson Maju Junction Mall, Hotel Plaza Grand, Hotel Summit KL dan Hotel Premiera.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
AG/SP Arah Selatan3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Bandaraya)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Bandaraya)
AG/SP Arah Utara3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (PWTC)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (PWTC)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras LegarMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan jejambat pejalan kaki ke 8 Medan Tuanku
GAras TanahPintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2]